.

PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

PERKHIDMATAN PENAL MAMACARE@WPKL


Apakah itu Program MamaCare?
Program MamaCare merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Program latihan kapasiti ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) iaitu 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE) dan  juga merupakan kerjasama (Smart Partnership) di antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Eduskill dan Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA).

Apakan matlamat objektif utama Program Mamacare?
Matlamat program ini untuk meningkatkan kesejahteraan wanita dan keluarga melalui pemerkasaan ekonomi wanita. Antara lain tujuan program ini lalah melatih wanita warga emas dan ibu tunggal terutama daripada kumpulan Low Income Household (LIH) menjana pendapatan keluarga melalui Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisional dan moden

Siapakah yang layak untuk mengikuti Program MamaCare?
Warga negara Malaysia
Ibu tunggal
Wanita warga emas yang berusia 50 tahun ke atas
Wanita dan warga emas dalam kalangan berpendapatan rendah (LIH)
Berminat dan mempunyai kemahiran asas dalam urutan tradisional


Bilakah Program MamaCare dilancarkan?

Program MamaCare telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Aminah Abdul Rahman Ketua Pengarah,LPPKN pada 22 November 2012 bertempat di Malay Massage Academy, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Berapakan yuran penyertaan yang dikenakan bagi menyertai program ini?
Percuma untuk kumpulan wanita yang layak, manakala bagi mereka yang tidak layak, yuran pendaftaran adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

Apakah bentuk pengiktirafan diberikan kepada para peserta setelah tamat mengikuti program ini.

Bagi peserta yang telah berjaya mengikuti modul lengkap program mereka layak untuk menerima Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu yang diiktiraf oleh Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)
                Pengarah LPPKN WPKL (En. Ramli Shabudin bertali leher Merah)

Adakah Program MamaCare ini dijalankan di seluruh negeri?

Ya, program ini akan dilaksanakan di seluruh negeri bermula tahun 2014.Untuk maklumat lebih lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi LPPKN WPKL di talian 03-26934555 atau terus laman sesawang LPPKN untuk maklumat lanjut.

Pada masa kini Pengarah LPPKN WPKL (En. Ramli Bin Shabudin) telah mengambil pendekatan membawa panel mamacare@LPPKN WPKL kepada pelbagai jabatan/ persatuan / firma swasta melalui program promosi Mamacare itu keseluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti promosi telah dilaksanakan dengan jayanya dan ianya semakin mendapat tempat dan dikenali oleh masyarakat Kuala Lumpur termasuk Putrajaya. Semoga perkhidmatan Mamacare@LPPKN WPKL yang kini dianggotai seramai 40 ahli itu akan terus berkembang dengan sentuhan  dari Pengarah LPPKN WPKL yang sentiasa melihat kepentingan dan kesinambungan urutan tradisional bangsa melayu itu.... Aamin.

LIHAT BETAPA ORANG KENAMAAN MENERIMA KEHADIRAN PANEL PANEL MAMACARE ITU



Sumber maklumat lanjut : https://www.facebook.com/mamacarekl.

Jika anda ingin berkenalan dan berchatting secara percuma....teruskan dibawah ini secara percuma........

friends & family | the open area
Visitors
NO SIGNUP  View live video  Hear live audio  Read live chat 
Start
Members
TOTALLY FREE  Broadcast video  Send messages  Save favorites 
Sign-up
Speedsters
HQ video, 50x faster  Large viewing size  Private messaging  High quality video
Upgrade